Tun Musa Aman Tiba di Sabah Selepas Lawatan Rasmi ke Mesir

 

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Isteri, Toh Puan Faridah Tussin tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada jam 7.20 pagi.

Ketibaan beliau disambut dengan bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bongsu Aziz Jaafar.

Tun Musa sebelum ini mengadakan lawatan tujuh hari ke Mesir bagi menghadiri Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah, merasmikan Dewan Al-Imam Al-Tayeb di Akademi Antarabangsa Al-Azhar Al-Sharif, selain menunaikan ibadah umrah dan ziarah ke Tanah Suci.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera, Hazem Mubarak Tun Musa serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama