KOTA
KINABALU : Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor menerima Excellence
Award daripada Malaysia Press Institute (MPI) yang disampaikan oleh Ketua
Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ainol Amriz Ismail.
Dr
Ainol berkata, penganugerahan itu dibuat sebagai mengiktiraf penglibatan aktif
Jainisah mengangkat aspirasi kewartawanan, media dan komunikasi di Sabah.
MPI
melihat penglibatan Pengarah JAPEN Sabah membantu dalam mengangkat aspirasi
kewartawanan, media dan komunikasi di Sabah selain pengalaman yang ada beliau
wajar diberikan anugerah ini oleh MPI.
“MPI
turut menganugerahkan pengiktirafan ini kepada individu dalam bidang korporat
termasuk Naib Canselor beberapa univeristi,” katanya selepas mengadakan
kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, pada Selasa.
Menurutnya,
MPI turut melihat ruang dan peluang kerjasama strategik dengan Jabatan
Penerangan Malaysia (Japen) Sabah khususnya dalam memberi latihan penulisan
berimpak tinggi kepada wartawan berdaftar.
“Kita
mahu wartawan hari ini bukan sahaja melapor tetapi mampu membuat analisis,
menilai data dan menghasilkan laporan berimpak tinggi yang boleh mencadangkan
penyelesaian kepada sesuatu isu.
"Penguasaan
teknologi kecerdasan buatan (AI) dan media baharu menjadi teras utama bagi
memastikan wartawan kekal relevan dalam ekosistem media semasa yang pantas
berubah," ujarnya.
Hadir
sama, Presiden Sabah Journalist Association, Mariah Doksil; Pengurus Besar MPI
Norlida Jamain; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan
Pembangunan Masyarakat Peter Tong Ah Pin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Media dan Komunikasi Korporat Dr Diana Dominic.
