TUARAN: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat
Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) menyantuni 71 penghuni Pusat Jagaan Warga
Emas The Hope Village, pada Khamis.
Pusat berkenaan yang disokong 44 kakitangan menerima
sumbangan wang tunai, barang keperluan harian, kerusi roda dan peralatan
perubatan bagi membantu melancarkan pengurusan serta menjaga kebajikan
penghuni.
Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Panglima Datuk Juliah
Salag berharap bantuan berkenaan dapat menceriakan warga emas di samping
meringankan beban kakitangan yang bertugas.
Menurutnya, MUTIARA GRS akan terus mempergiatkan program
kebajikan khususnya pada musim perayaan agar lebih ramai golongan memerlukan
dapat dibantu.
The Hope Village yang mula beroperasi sejak pertengahan 2015
berfungsi sebagai pusat perlindungan dan penjagaan warga emas yang memerlukan
perhatian rapi.
Turut hadir, Naib Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Linda Ewit.
