Enam Qari, Qariah Buka Tirai Tilawah Al-Quran Sabah 2026

 

KOTA KINABALU: Enam peserta dewasa mewakili lima daerah membuka tirai Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan (MTHQ) Peringkat Negeri Sabah 2026.

Mereka terdiri daripada tiga qari dan tiga qariah dari Papar, Beaufort, Nabawan, Kinabatangan dan Lahad Datu yang memperdengarkan bacaan masing-masing pada malam Rabu.

Acara dimulakan dengan wakil Bahagian Pantai Barat Selatan dari daerah Papar, Hamdi Yusop @ Yusof, diikuti Nur Faten Izzati Rablin yang  masing-masingnya dari Papar.

Bacaan Al-Quran diteruskan oleh Mohd Hafiz Batu Bara Manshuruddin qari dari Beaufort dan Nabilah Syafawati Sapari mewakili Nabawan.

Peserta terakhir mengalunkan bacaan ayat-ayat suci ialah qari Kinabatangan, Sahrul Naem Abdul Mukti dan qariah Lahad Datu, Norasmah Abdul Wahid.

Terdahulu, Majlis Hafazan Al-Quran diadakan pada sebelah pagi manakala Majlis Tilawah bermula jam 8.30 malam.

Program tahunan itu dianjurkan bagi memperkukuh penghayatan Al-Quran dalam kalangan masyarakat dan mencungkil bakat baharu dalam bidang tilawah serta hafazan.

Hadir sama,  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama