KOTA KINABALU : Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang baharu, Mohd Ismail Ayob mengangkat sumpah
sebagai ADUN Sabah.
Upacara angkat sumpah yang
bermula pada jam 10 pagi itu disempurnakan di hadapan Speaker Dewan Undangan
Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya di Dewan Undangan Negeri,
pada Selasa.
Mohd Ismail memenangi Pilihan
Raya Kecil (PRK) DUN Lamag pada 24 Januari lepas dengan majoriti 5,681 undi
menewaskan calon Parti Warisan Sabah, Mazliwati Abdul Malek.
Hadir sama, Menteri Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin yang juga ADUN Sukau.
