![]() |
| Mohd Ismail ketika mengangkat sumpah sebagai ADUN Sabah. |
KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang baharu, Mohd Ismail Ayob mengangkat sumpah sebagai ADUN Sabah.
Upacara angkat sumpah yang bermula pada jam 10 pagi itu disempurnakan di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya di Dewan Undangan Negeri, pada Selasa.
Mohd Ismail memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag pada 24 Januari lepas dengan majoriti 5,681 undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah, Mazliwati Abdul Malek.
Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin yang juga ADUN Sukau.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)
