KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk, pada jam 6:31 pagi yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini.
Menurutnya, amaran hujan berterusan (Buruk) melibatkan kawasan Sandakan (Beluran) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas) dan berkuat kuasa sehingga Jumaat, 20 Februari 2026.
Selain itu, amaran hujan berterusan (Waspada) turut dikeluarkan bagi kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Sandakan) serta Kudat (Kudat) dalam tempoh yang sama.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Penduduk juga digalakkan untuk memantau perkembangan cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca.
