Lebih 10,000 meriahkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina kerajaan negeri


KOTA KINABALU: Lebih 10,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kerajaan negeri yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini. 

Majlis penuh muhibah itu diserikan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin serta Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Arifin serta barisan pemimpin kerajaan negeri.

Tun Musa dan Hajiji kemudiannya mengetuai upacara memukul gendang sebagai simbolik perasmian majlis, sebelum bersama tetamu kenamaan lain mengaul Yee Sang yang menjadi tradisi sambutan Tahun Baharu Cina, melambangkan kemakmuran dan perpaduan.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian tradisional dan nyanyian oleh artis tempatan yang mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama