Banjir Sabah meningkat, 3,617 mangsa kini di PPS

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,617 orang daripada 1,265 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat jam 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, kesemua mangsa kini ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi membabitkan enam daerah terjejas.

“Data di PPS menunjukkan peningkatan jumlah penduduk terjejas berbanding laporan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan JPBN.

Daerah Tenom mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,848 orang daripada 647 KIR, diikuti Beaufort dengan 948 orang (292 KIR).

“Selain itu, seramai 421 mangsa daripada 176 KIR direkodkan di Sipitang, diikuti Membakut dengan 321 mangsa (125 KIR) dan Sook seramai 79 mangsa (25 KIR),” jelasnya.

Sementara itu, PPS di Pitas telah ditutup sepenuhnya selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Secara keseluruhan, sebanyak 146 kampung terjejas akibat banjir di enam daerah terlibat.

“Sehingga kini, tiada jumlah kematian yang direkodkan,” tambahnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama