KOTA KINABALU: Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka
menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sabah di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 17 Februari ini.
Perasmian majlis tersebut akan disempurnakan oleh Yang
di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datin Dr. Cleopatra@Clare Asing berkata sambutan
tahun ini mengangkat tema Tahun Kuda yang melambangkan kekuatan, ketekunan,
keberanian dan kemajuan.
"Pemilihan tema mencerminkan daya tahan serta semangat
juang rakyat Sabah dalam menghadapi cabaran selain menjadi simbol perpaduan dan
kemajuan bersama.
“Nilai ini diterjemahkan melalui pengisian program termasuk
persembahan budaya dan penglibatan komuniti pelbagai kaum,” katanya ketika
ditemui media di Sabah FM, pada Khamis
Belia juga menjemput orang ramai khususnya di sekitar Kota
Kinabalu hadir memeriahkan majlis yang akan diserikan dengan persembahan Tarian
Singa, 24 Gendang dan Orkestra Cina.
