KOTA
KINABALU : Sebanyak 160 persatuan akan menyertai persembahan tarian singa dan
naga sempena Karnival Tahun Baru Cina 2026 di Lintasan Deasoka bermula 9
Februari ini.
Presiden
Gabungan Persatuan Cina Sabah, Tan Sri Dr. Goh Tian Chuan berkata sepanjang
tiga malam karnival tersebut berlangsung, pengunjung juga berpeluang menikmati
aktiviti interaktif dan persembahan seni yang memaparkan adat resam masyarakat
Tionghua.
“Karnival
kali ini juga terbuka kepada semua masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama
di bagi memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah.
"Ia
akan melibatkan penyertaan belia pelbagai kaum antaranya Tionghua, Dusun
Kadazan dan Murut.
“Ini
memberi gambaran tentang kesederhanaan, kemesraan, dan keharmonian di Sabah, di
mana semua rakyat hidup bersama tanpa mengira bangsa atau agama," katanya
ketika ditemui media selepas ditemubual di Sabah VFM, pada Selasa.
Beliau
juga memaklumkan majlis pembukaan karnival akan dirasmikan oleh Ketua Menteri
Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.
Dianggarkan
300 gerai jualan akan dibuka di sepanjang Jalan Gaya yang akan menampilkan
pelbagai makanan tradisi Tionghua selain barangan kraftangan dan produk
tempatan.
Beliau
turut menjemput seluruh rakyat Sabah terutama yang berada di sekitar Kota
Kinabalu dan kawasan sekitar untuk hadir bersama memeriahkan karnival tersebut.
