Waris lelaki maut disyaki jatuh bangunan di Penampang dicari

KOTA KINABALU: Lelaki maut disyaki jatuh dari sebuah bangunan bertingkat dalam kejadian mati mengejut (SDR) di Lido Four Seasons, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.30 malam. 

Menurutnya, mangsa dipercayai seorang lelaki warga tempatan, namun identiti masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat, mengenali mangsa atau merupakan ahli keluarga dan waris diminta tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes, SI Razmi Omar, yang juga Ketua Polis Balai Tanjung Aru di talian 013-980 2326.

Dalam pada itu, Kasim menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes berkenaan.

"Kes disiasat oleh Polis Diraja Malaysia Daerah Kota Kinabalu mengikut prosedur SDR," katanya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama