Umur sudah lanjut, masih ketagih syabu

Lelaki warga emas ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Foto | Ihsan PDRM.

TAWAU: Usia sudah mencecah warga emas namun seorang lelaki tempatan masih tidak serik dengan aktiviti penagihan dadah apabila dicekup polis di Jalan Apas, di sini, semalam.

Suspek berusia 63 tahun ditahan ketika rondaan cegah jenayah di sebuah stesen minyak di Jalan Apas selepas berlegar dalam keadaan mencurigakan. 

Pemeriksaan menemukan satu paket kecil berisi hablur jernih disyaki syabu seberat kira-kira 0.20 gram.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek adalah warga tempatan dan dadah itu ditemui dalam milikannya.

Beliau berkata, semakan rekod menunjukkan lelaki berkenaan bukan kali pertama terlibat kes dadah dan jenayah lain.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama