![]() |
| Ramlan ketika ditemui media. |
KINABATANGAN: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan berjalan lancar.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, proses penamaan itu menyaksikan tiga pencalonan diterima bagi kerusi Parlimen serta dua pencalonan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Proses hari ini berjalan lancar, tenang, tenteram dan teratur tanpa sebarang insiden tidak diingini.
"Terima kasih kepada semua petugas pilihan raya atas komitmen dan disiplin tinggi sepanjang proses penamaan calon berlangsung," katanya ketika ditemui media selepas Penamaan Calon bertempat di Dewan Sri Lamag Kota Kinabatangan, pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau menyeru para pengundi keluar mengundi pada hari pengundian yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari ini bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan baik.
"Pihak SPR memberi jaminan sebarang kelemahan yang dikenal pasti akan ditambah baik bagi memastikan keseluruhan proses pilihan raya berjalan lancar dan telus," tambahnya.
Calon yang bertanding ialah Naim Moktar daripada parti Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdu Rahman (Parti Warisan Sabah) dan Goldam H Salangah (BEBAS) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan.
Manakala kerusi DUN Lamag menyaksikan pertembungan antara Mohd Ismail Ayob atau MIHA mewakili BN dan Mazliwati Abdul Malek dari Parti Warisan Sabah.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)
