TAMPARULI:
Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah
(MUTIARA GRS) menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut di Jalan
Tamparuli–Ranau, pada Rabu.
Menerusi
Program Ziarah Sayang di Kampung Bonggol tersebut, MUTIARA GRS menyampaikan
sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban kanak-kanak
berusia 18, 12 dan lapan tahun yang menjadi yatim piatu selepas kemalangan 9
Januari lepas mengorbankan ibu bapa mereka.
Yang
Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag berkata program
berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pertubuhan itu dalam memberi
sokongan dan memastikan kebajikan keluarga yang terkesan akibat tragedi
sentiasa diberi perhatian.
Hadir
sama, Naib Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Linda Ewit serta wakil agensi
kebajikan iaitu Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan Kebajikan Tuaran.
