![]() |
| Foto BERNAMA. |
PETALING JAYA: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag minggu lalu membuktikan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar diteruskan.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar berkata, kerjasama antara kedua-dua parti itu bukan sahaja dalam pentadbiran kerajaan, malah dalam kerjasama politik.
Katanya, kejayaannya menewaskan calon Warisan dengan majoriti 14,214 undi turut disumbangkan oleh sokongan padu rakan parti dalam kerajaan termasuk GRS dan Pakatan Harapan (PH) yang bersama-sama turun membantu jentera kempen.
“Jika kerjasama itu diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), gabungan perpaduan di Sabah yang diterajui GRS berpotensi memenangi sekurang-kurangnya 21 daripada 25 kerusi Parlimen.
“Jika gabungan perpaduan di Sabah diteruskan sehingga PRU16, tidak mustahil kita mampu menawan 21 kerusi Parlimen. Apabila semua parti bekerjasama, setiap calon akan memperoleh kelebihan,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.
Beliau berkata, kemenangan BN pada PRK Kinabatangan menjadi contoh jelas keberkesanan kerjasama itu apabila sokongan penuh GRS menyaksikan peningkatan ketara majoriti undi.
Pada PRK Parlimen Kinabatangan Sabtu lalu, Naim memperoleh 19,852 undi menewaskan Saddi Abdul Rahman daripada Warisan yang meraih 5,638 undi, manakala calon bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerusi berkenaan dimenangi Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dengan majoriti 4,330 undi.
Dalam perkembangan berkaitan, BN turut mempertahankan DUN Lamag apabila calonnya, Ismail Ayob, menang dengan majoriti 5,681 undi, lebih tinggi berbanding majoriti tipis 153 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.
Dua PRK tersebut diadakan susulan kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu.
Mengulas faktor kemenangan, Bendahari Pemuda UMNO Sabah itu berkata, walaupun ada pihak mengaitkan kejayaannya dengan faktor simpati terhadap pemergian bapanya, kekuatan calon dan jentera parti tetap menjadi penentu utama.
“Kalau simpati sahaja tanpa calon yang betul, ia tidak akan membawa kemenangan. Begitu juga jika calon baik tetapi jentera tidak bekerja kuat,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan.
Sebelum ini, Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak memuji keputusan GRS tidak bertanding pada PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, menyifatkan langkah itu sebagai antara faktor utama kemenangan selesa BN.