Beliau berkata, hala tuju tersebut menjadi panduan utama kepada kerajaan dalam merancang pembangunan dan pentadbiran negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.
“Saya juga berharap kepada penjawat awam agar dapat melaksanakan halatuju dan harapan yang telah saya zahirkan dalam ucapan saya sebentar tadi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan SMJ 2.0 dan Majlis Amanat Tahun Baharu kepada Penjawat Awam yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Masidi Manjun serta Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick.
