Beaufort diisytihar kawasan bencana, PPK Selagon diaktifkan

 

BEAUFORT: Daerah Beaufort diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan satu Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon sudah dibuka susulan banjir yang menjejaskan keselamatan penduduk di kawasan itu. 

Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Mohd Nazri Ajun berkata, pengisytiharan berkenaan telah diumumkan pada 2 Januari lalu. 

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort, saya mengisytiharkan PPK Selagon telah diaktifkan pada 2 Januari 2026, jam lima petang setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas bencana tidak selamat untuk didiami,” katanya dalam satu kenyataan media JPBD, pada Jumaat. 

Katanya, pengisytiharan berkenaan diaktifkan setelah melaksanakan pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) tidak selamat untuk didiami. 

Sementara itu, menurut info terkini JPBN, seramai 210 penduduk daripada 80 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas akibat banjir di Daerah Beaufort setakat jam lapan pagi, hari ini. 

Daripada jumlah penduduk terjejas, seramai 41 lelaki dewasa dan 66 wanita dewasa, manakala 58 kanak-kanak lelaki dan 45 kanak-kanak perempuan direkodkan berada di PPK Selagon. 

JPBN Sabah turut mengesahkan tiada kematian dan laporan penduduk terjejas yang terperangkap di luar pusat pemindahan direkodkan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama