Skim harga maksimum musim perayaan Krismas dilaksana lima hari – Armizan

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ( KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember ini. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan skim itu bertujuan mengelakkan pergerakan harga yang tidak terkawal susulan peningkatan permintaan menjelang musim perayaan nanti. 

“Tempoh pelaksanaan ialah selama 5 hari, iaitu 2 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan.

“Dengan adanya harga maksimum yang ditetapkan kerajaan, peniaga wajib menjual barangan terlibat pada paras harga yang ditetapkan dan tidak dibenarkan menjual melebihi harga maksimum tersebut,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Armizan, pemilihan 14 jenis barangan berkenaan dibuat hasil libat urus bersama industri, berdasarkan corak perbelanjaan dan keperluan pengguna ketika musim perayaan Krismas.

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah Skim ini. 

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah AKHAP (2011) dan boleh dikenakan penalti seperti 

“Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000 dan Syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” jelasnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama