Rahman Dahlan hantar ‘signal’ minta Bung Moktar letak jawatan?

KOTA KINABALU: Satu hantaran ringkas di Facebook Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bertajuk 'The Power of Stepping Away' menjadi perbualan panas dalam kalangan pemerhati politik di negeri ini. 

Walaupun tiada nama disebut, ramai melihat hantaran bernada simbolik itu seolah-olah merujuk kepada desakan halus agar Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, mempertimbangkan untuk berundur susulan prestasi hambar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Sabah (PRU Sabah), 29 November baru-baru ini. 

Dalam PRU Sabah itu, BN hanya memenangi 6 daripada 45 kerusi yang ditandingi, pencapaian paling buruk buat parti itu dalam sejarah politik Sabah.

Beberapa minit selepas hantaran itu dimuat naik, ruangan komen dipenuhi pelbagai spekulasi, termasuk ada yang mengaitkannya dengan isu 'tanggungjawab moral' kepimpinan negeri.

Walaupun Abdul Rahman tidak mengulas lanjut, nada hantaran tersebut dikatakan 'luar biasa', sekaligus menambah lagi tanda tanya mengenai arah tuju kepimpinan UMNO Sabah ketika ini.

Sumber daripada ahli UMNO turut mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi selepas BN tumbang di sebahagian besar kerusi yang sebelum ini dianggap kawasan tradisi parti.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama