Bekas Presiden SLS, Roger Chin antara enam ADUN Dilantik Sabah

Foto Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin, hari ini menerima watikah pelantikan sebagai salah seorang daripada enam ADUN Dilantik dalam satu majlis penuh istiadat di Istana Seri Kinabalu.

Pelantikan tersebut menarik perhatian kerana Roger merupakan antara figura penting dalam kemenangan bersejarah SLS di Mahkamah Tinggi berkaitan tuntutan Pemberian Khas 40 peratus hasil Sabah.

Dengan rekod dan pengalaman beliau, pelantikan itu mencerminkan komitmen kerajaan Sabah yang serius dalam memperjuangkan hak-hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta melaksanakan agenda pembaharuan institusi melalui aspek perundangan.

Selain itu, seramai 17 Pembantu Menteri Sabah mengangkat sumpah jawatan iaitu ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pitas, Dato' Sri Ruddy Awah; ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih; ADUN Labuk, Datuk Samad Jamri; ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam; ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding; dan ADUN Telupid, Datuk Jonnybone J. Kurum.

Turut disenaraikan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim; ADUN Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong; ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan; ADUN Kukusan, Datuk Rina Zainal; ADUN Bandau, Datuk Dr. Maijol Mahap; Datuk Ceasar Mandela Malakun (ADUN Dilantik); ADUN Tanjong Batu, Dr. Andi MD. Samsureezal; ADUN Tulid, Jordan Jude Ellron; dan ADUN Bingkor, Mohd. Ishak Ayub.

Selain Roger, lima lagi ADUN Dilantik ialah Datuk Mohamed Razali Mohamad Razi; Datuk Haji Abdul Kassim Razali; Datuk Ir. Chin Shu Ying; Datuk Ceasar Mandela Malakun; dan Puan Grace Lee Li Mei.

Upacara tersebut berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Musa Haji Aman, dan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama jemaah Kabinet Negeri Sabah.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama