Hari Pertama Sidang DUN Sabah berjalan lancar

Suasana sebelum sidang DUN Sabah bermula.

KOTA KINABALU: Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 berlangsung lancar pada Isnin.

Mesyuarat pagi itu dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan bermula pada jam 10 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Setiausaha DUN, Mohd Nor Hafeez Ab. Rahman.

Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 menyaksikan penyertaan seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), antaranya ADUN Senallang, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal; ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah; ADUN Bongawan, Dr. Daud Yusof; ADUN Tamparuli, Datuk Seri Panglima Madius Tangau; ADUN Tanjung Aru, Datuk Wong Hong Jun; serta ADUN Sook, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Turut mengambil bahagian ialah ADUN Dilantik, Ir. Chin Ying; ADUN Merotai, Sarifuddin Hata; ADUN Dilantik, Datuk Roger Chin; ADUN Darau, Azhar Matussin; ADUN Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin; ADUN Sindumin, Yusri Pungut; serta ADUN Balung, Syed Ahmad Syed Abas.

Persidangan DUN Sabah itu ditangguhkan oleh Timbalan Speaker DUN, Datuk Al Hambra Juhar pada jam 6.20 petang.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama