![]() |
| Ihsan: Facebook Andre Anura Anuar |
Andre memenangi acara itu dengan rekod lompatan baru sejauh 7.71 meter, sekali gus menamatkan penantian 22 tahun Malaysia untuk meraih emas dalam acara lompat jauh lelaki di pentas Sukan SEA tahun 2003 lalu.
“Alhamdulillah masih diberi peluang. Thank you to everyone in my team Coach Fridaus, Kak Nisa (Video Analysis & the team), Kak Erliza (Nutritionist), my wife, family, friends dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan kami disini,”katanya menerusi postingan di laman Facebook miliknya, pada Isnin.
Kejayaan tersebut hadir sebagai penebusan selepas Andre terlepas peluang mempertahankan pingat emas dalam acara lompat kijang, apabila hanya meraih pingat perak pada Khamis lalu.
Pingat emas itu bukan sahaja menyumbang kepada kutipan pingat kontinjen negara, malah mengharumkan nama Sabah, khususnya Tenom, di persada sukan Asia Tenggara.
Kemenangan Andre turut membuktikan kekuatan mental serta keupayaan seorang jaguh negara untuk bangkit daripada kekecewaan dan mencipta kejayaan di peringkat tertinggi.
