KOTA KINABALU: Parti Warisan mengecam tuduhan tidak berasas yang mengaitkan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.
Penasihat Undang-Undang Warisan, Chin Tek Ming, berkata tuduhan yang tular di media sosial itu adalah fitnah terancang dan berniat jahat menjelang pilihan raya negeri Sabah.
“Serangan berbentuk perkauman seperti ini bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah lama dijadikan senjata untuk mengelirukan rakyat dan memecahbelahkan perpaduan kaum di negeri ini.
“Datuk Seri Shafie ialah anak jati Semporna daripada etnik Bajau yang sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan dipetik daripada Daily Express, pada Isnin.
Chin menegaskan bahawa kuasa pemberian kewarganegaraan bukan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, sebaliknya ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Justeru, tuduhan mengaitkan Datuk Seri Shafie dengan isu PATI adalah tidak benar dan bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau,” katanya.
Menurutnya, semasa pentadbiran Shafie antara 2018 hingga 2020, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai dasar inklusif dan berbilang kaum, termasuk melantik jumlah menteri dan pembantu menteri Cina tertinggi dalam sejarah Sabah bagi portfolio penting seperti Pelancongan, Pertanian, Kesihatan serta Belia dan Sukan.
"Selain itu, pentadbiran Shafie turut mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC), melaksanakan cukai jualan negeri ke atas produk petroleum, serta melanjutkan tempoh pajakan tanah kepada 999 tahun.
“Segala dasar ini mencerminkan kepimpinan yang berpaksikan keadilan dan keterangkuman, bukan perpecahan,” katanya.
Beliau menyeru rakyat Sabah agar menolak politik kebencian dan menilai kepimpinan Shafie berdasarkan fakta serta rekod perkhidmatan, bukannya fitnah yang sengaja dicipta untuk kepentingan politik pihak tertentu.