Sabah cipta sejarah, BESS Lahad Datu diiktiraf terbesar di Asia Tenggara

 


KOTA KINABALU: Sabah terus mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila projek Battery Energy Storage System (BESS) 100MW/400MWh di Lahad Datu yang dilaksanakan oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SE) kini diiktiraf sebagai projek tenaga terbesar di Asia Tenggara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SE, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar, pengiktirafan itu diumumkan susulan pembentangannya dan pasukan pada Conference of ASEAN Federation of Engineering Organisations (CAFEO 43) yang berlangsung di Clark, Filipina.

“Projek ini bukan sekadar kemajuan teknologi, tetapi simbol kemajuan Sabah dalam membina masa depan tenaga yang lebih mampan dan berdaya tahan,” katanya dalam satu kenyataan dalam laman Facebook SE, hari ini. 

Pembentangan tersebut turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Elopura Power Sdn. Bhd., Ir. Ts. Qaddafi Abdullah Bajerai serta Head of Distribution Major Project SE merangkap bekas Pengurus Projek Lahad Datu BESS, Ir. Ts. Leona Ng, PMP. 

Beliau dan pasukan telah membentangkan kertas bertajuk Transforming Sabah’s Energy Future di persidangan itu.

Menurutnya, projek BESS Lahad Datu adalah langkah penting bagi Sabah dalam memperkukuh kestabilan grid elektrik, meningkatkan keselamatan tenaga serta menyokong peralihan ke arah tenaga rendah karbon selaras dengan agenda tenaga mampan negara.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama