Shah Alfie kekal turun padang hingga detik terakhir kempen

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya menumpukan baki enam jam terakhir kempen dengan mendekati pengundi secara intensif sehingga saat akhir.

Menurutnya, strategi ‘rumah ke rumah’ (House to house) yang dibina sepanjang dua minggu kempen akan diteruskan bagi mendekati pengundi, khususnya mereka yang masih berada di atas pagar.

“Jam-jam terakhir kempen, enam jam lagi. Jadi dalam enam jam ini, kita terus bersama-sama dengan pengundi-pengundi juga. 

“House to house seperti mana yang telah saya lakukan dua minggu ini, saya kekalkan momentum tersebut.

“Saya fokus dengan house to house, terutamanya pengundi atas pagar, kita dekati lagi. 

“Bagi saya, enam jam ini masih panjang. Jadi saya confident, saya teruskan bersama pengundi-pengundi yang ada,” katanya ketika ditemui selepas kempen Rumah Kita, Kita Jaga, di sini, hari ini. 

Menurutnya, sambutan sepanjang tempoh kempen juga menunjukkan peningkatan yang sangat positif. 

“Sambutan selama dua minggu ini positif, konsisten dan eningkat. 

“Dapat sambutan yang ramai, dan jentera pun sentiasa bersama-sama,” jelasnya. 

Shah Alfie turut menyeru pengundi di Tanjung Keramat agar menunaikan tanggungjawab masing-masing dan memilih parti yang mempunyai rekod pentadbiran yang baik.

“Untuk pengundi-pengundi Tanjung Keramat, silalah tunaikan tanggungjawab anda semua. Pilihlah parti yang mempunyai prestasi (track record) yang baik,”tambahnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama