KOTA KINABALU: Sabah FC hari ini,
memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan European Wellness Premier
Centre (EWPC) bagi memperkukuh kecergasan pemain secara lebih moden dan
sistematik.
Pengarah Pasukan, Md Joh Wid berkata,
kerjasama itu bertujuan bagi memberi kemudahan rawatan canggih yang mampu
meningkatkan ketahanan fizikal, memendekkan tempoh pemulihan, dan
mengoptimumkan prestasi pemain di padang.
“Sering kali prestasi pasukan terjejas
apabila pemain mengalami kecederaan dan proses pemulihan biasanya mengambil
masa yang panjang.
“Malah, pemain dapat kembali beraksi
dalam keadaan lebih cergas dan bertenaga,” katanya ketika berucap pada Majlis
pemeteraian perjanjian berkenaan yang bertempat di Auditorium EWPC, di sini,
pada Jumaat.
Hadir sama pada majlis, Pengerusi EWPC,
Datuk Seri Mike Chan.
Dalam pada itu, beliau turut menambah
bahawa pihak kelab berharap hubungan strategik ini akan terus diperkukuh dari
semasa ke semasa demi memastikan Sabah FC kekal kompetitif dalam perlawanan.
“Marilah kita sama-sama mendoakan Sabah
FC berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA musim ini. Sokongan padu para
penyokong amat kami hargai,”tambahnya.