KOTA KINABALU: Prestasi Sabah FC menunjukkan peningkatan ketara sejak pasukan itu mula menggunakan rawatan Hyperbaric di European Wellness Premier Center (EWPC) baru-baru ini.
Ketua Jurulatih Sabah FC, Jean Paul de
Marigny berkata, data fizikal pemain
melonjak secara mendadak dalam perlawanan terkini.
“Dua minggu lalu, saya tidak pernah
melihat mana-mana pasukan di Malaysia atau Asia, kecuali Jepun, bermain tanpa
sebarang kekejangan. Itu pertama kali kami menyaksikannya.
“Permainan terakhir kami menentang
Selangor baru - baru ini, di mana kami
mencatatkan rekod prestasi tertinggi yang telah kami lakukan sejak kami berada
di sini.
“Enam pemain melepasi 10, 000 meter
larian, manakala beberapa pemain lain
mencecah sehingga 11, 000 meter, ia merupakan jumlah yang besar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang
Media Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmj pelantikan EWPC sebagai Official
Sports Rehabilitation Partner Sabah FC, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi European
Wellness Premier Center (EWPC), Datuk Seri Mike Chan, berkata teknologi
hyperbaric memberi kelebihan besar kepada pemain kerana ia membekalkan oksigen
jauh lebih tinggi berbanding kadar biasa.
“Pemain bola sepak, mereka memerlukan lebih banyak oksigen,
dengan bekalan oksigen tinggi, pemain menjadi lebih kuat, lebih fokus dan pulih
lebih cepat. Itu yang menjadikan perbezaannya,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa Sabah
kini merupakan antara negeri yang mempunyai fasiliti hyperbaric terbanyak di
Malaysia.
