KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan Sabah sehingga jam 2.00 petang, hari ini.
Menurut MET Malaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9.55 pagi itu, memaklumkan antara kawasan yang terlibat adalah di Keningau dan Tambunan, serta di kawasan Pantai Barat, iaitu Ranau.
“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/ jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap masa dikeluarkan.
