PMX turun padang, santuni peniaga dan warga KK di Gaya Street

 

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau sekitar Gaya Street untuk menyantuni peniaga dan masyarakat Kota Kinabalu. 

Lawatan singkat itu bermula sekitar jam 8.41 pagi dengan bertemu mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Sabin Samitah sebelum memulakan sesi walkabout. 

Seterusnya, beliau melawat rerurai DBKk dan menyusuri deretan premis perniagaan di sepanjang jalan Gaya Street tersebut.

Kehadiran beliau turut disambut meriah oleh orang ramai yang tidak melepaskan peluang merakam gambar dan bersalaman dengannya. 

Dalam pada itu, beliau dikhabarkan akan berangkat ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bagi menghadiri Majlis Rancakkan MADANI Sabah.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama