PMX Tiba Di Sabah Lawatan Kerja Rasmi Dua Hari

 

KOTA KINABALU:  Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 1.50 petang Sabtu.

Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail serta beberapa wakil jabatan kerajaan.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa Program yang padat antaranya, Program Dialog Anak Muda Bersama YAB PM di Penampang pada jam 2 petang, diikuti Program Ziarah Kasih DUN Petagas di Kampung Duvanson Putatan pada jam 3 petang,  melawat mangsa kebakaran di Petagas  pada jam 4.20 petang sebelum mengikuti dua Ceramah Perdana YAB PM Sayang Sabah masing-masing di Bukit Padang dan Inanam.

Ahad 16 november 2025, beliau dijadual merasmikan Program Ramah Mesra YAB PM Bersama Pimpinan Masyarakat DUN Tulid Dan Melalap masing-masing pada jam 10.30 pagi dan 12.20 tengah hari.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama