Anwar Tinjau Mangsa Kebakaran Kampung Sekambu Petagas

 

PUTATAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meninjau lokasi dan keadaan mangsa kebakaran di Kampung Sekambu Petagas yang memusnahkan beberapa rumah dalam kejadian Jumaat lalu.

Anwar tiba kira-kira jam 3.45 petang pada Sabtu sebelum dibawa melawat kawasan terjejas serta berjumpa keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Dalam lawatan ringkas itu, beliau turut menerima taklimat operasi pemadaman daripada Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Kinabalu, Johari Dzulkiflie selain mendengar sendiri rintihan penduduk yang terkesan.

Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar 9.46 pagi itu mengakibatkan tiga rumah musnah sepenuhnya dan sebuah van Toyota hangus, manakala empat lagi rumah rosak teruk. 

Secara keseluruhan, lapan ketua isi rumah terjejas, namun tiada kecederaan dilaporkan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama