My Gaya Sabah Ketengah Bakat Pereka Fesyen Tempatan Sabtu Ini


KOTA KINABALU: Program My Gaya Sabah akan mengetengahkan bakat pereka-pereka fesyen tempatan di ITCC Shopping Mall Penampang, Sabtu ini.

Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Persatuan Pereka Fesyen Bumiputera Malaysia itu bakal menghimpunkan pereka fesyen dari Semenanjung dan Sabah.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, program yang akan dirasmikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tussin itu, menghimpunkan seramai 10 orang pereka ternama selain kehadiran istimewa pereka berpengalaman yang didatangkan khas ke Sabah, Datuk Tom Abang Saufi.

“Dengan penganjuran program ini di Sabah, ia dapat membantu pereka-pereka tempatan di negeri ini untuk membina rangkaian dengan pereka dari semenanjung selain memberi pendedahan kepada mereka tentang kreativiti dan inovasi selain memperluaskan pasaran mereka. 

“Selain itu juga, kita juga menjemput pemegang taruh yang bergiat aktif dalam bidang rekaan fesyen untuk menyampaikan panduan dan berkongsi pengalaman antaranya pereka terkenal Tom Abang Saufi.

“Seramai 10 orang pereka akan memperagakan hasil rekaan masing-masing dimana enam pereka tempatan dan empat orang pereka dari negeri lain,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, semalam. 

Beliau turut berharap melalui penganjuran program seumpama dapat membina platform kerjasama strategik yang berterusan di antara pereka tempatan dan pereka terkemuka di Malaysia. 

Menurut Armizan, antara lain tujuan kunjungan terbabit ialah untuk memaklumkan Tun Musa berkaitan peranan KPDN dalam usaha menstabilkan harga barang bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

“KPDN akan mengenal pasti beberapa barangan yang ingin difokuskan untuk bagi merapatkan jurang di antara tiga wilayah "Setakat ini, KPDN memberi fokus kepada barangan-barangan yang boleh dihasilkan di Sabah dan akan melihat langkah seterusnya yang akan melibatkan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pemain industri.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan Pengarah KPDN Sabah Shahril Nizam Shahidin.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama