KOTA KINABALU : Setiausaha Persekutuan
Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab memggesa ketua-ketua jabatan persekutuan untuk
memberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan dasar dan program Kerajaan
Persekutuan di Sabah.
Beliau juga mengingatkan agar semua
jabatan persekutuan di Sabah memperkukuh kerjasama antara agensi Persekutuan
dalam menyokong agenda pembangunan negeri.
Selain itu, Razali menegaskan
kesiapsiagaan, kerjasama antara jabatan serta tadbir urus yang berintegriti
merupakan keutamaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Pendekatan itu penting bagi memastikan
perkhidmatan awam di negeri ini kekal efisien dan responsif terhadap keperluan
rakyat khususnya di Sabah
Beliau berkata demikian ketika
mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Dan Badan
Berkanun Persekutuan Negeri Sabah Bilangan 4 Tahun 2025 yang diadakan di sini,
pada Selasa.
Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh
seramai 142 ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan.
Turut diadakan dalam mesyuarat tersebut
lima pembentangan iaitu dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Institut Integriti
Malaysia (IIM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kementerian Sains
Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
Hadir sama, Ketua Eksekutif Pihak
Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Datuk Seri Panglima
Hashim Paijan.
