KOTA KINABALU: Gelombang sokongan terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin ketara apabila seramai 300 ahli Parti Warisan membuat penghijrahan untuk menyertai Gagasan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau.
Keputusan itu diketuai bekas Ahli
Jawatankuasa Bahagian Warisan Sepanggar, Sabar Dasad.
Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk
Razali Razi menegaskan keputusan Sabar itu dibuat bagi melaksanakan perubahan
demi kepentingan komuniti serta masa depan kawasan Darau.
![]() |
| Detik penuh emosi ketika Razali (kiri) dan Sabar (kanan) saling berpelukan sebagai tanda sokongan dan penghargaan |
“Keputusan ini bukan mudah, tetapi ia
dibuat atas kesedaran bahawa perubahan mesti berlaku,” katanya pada Sidang
Media selepas Program Santai Rakyat di Jalan Kalansanan, pada Selasa malam.
Beliau berkata, sokongan Darau terhadap
Gagasan Rakyat kini semakin kukuh apabila angka penyertaan pada malam itu
menunjukkan rakyat mahukan hala tuju baharu.
“Selama lima tahun, banyak pihak tidak
berkhidmat kepada warga Darau. Mereka mahukan perubahan, dan perubahan itu
hanya boleh dilakukan jika kita berada dalam sistem. GRS kini menjadi penggerak
kepada rakyat Darau,”jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut
menjelaskan fokus utama manifesto bagi Darau, antaranya adalah menaik taraf
Klinik Kesihatan Likas.
“Klinik Kesihatan Likas semakin kecil.
Jadi, apa yang kita rancang ialah melaksanakan satu pertukaran tanah (land
swap)supaya klinik itu dapat dipindahkan ke tapak yang lebih besar,”tambahnya.
Kemasukan besar-besaran 300 ahli
Warisan itu dilihat sebagai lonjakan sokongan kepada Gagasan Rakyat di kawasan
itu, sekaligus memperkukuhkan momentum parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)
Sabah nanti.

