3,000 Penuntut IPT Hadiri Program Temu Anwar: Harapan Anak Muda Sabah

 

PENAMPANG: Seramai 3,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta menghadiri Program Temu Anwar: Harapan Anak Muda Sabah.

Program itu menyaksikan kehadiran pelajar dari beberapa institusi termasuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah.

Acara berkenaan turut menampilkan sesi dialog dan soal jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi peluang kepada anak muda menyuarakan pandangan serta mengajukan soalan secara langsung kepada beliau.

Anwar yang berada di Sabah untuk lawatan kerja turut dijadualkan menghadiri beberapa program lain termasuk Program Ramah Mesra YAB PM Bersama Pimpinan Masyarakat DUN Tulid dan Melalap.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama