Anwar Berlepas Pulang Ke Kuala Lumpur

 

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menyelesaikan lawatan kerja rasmi dua hari di Sabah.

Pesawat khas yang dinaiki beliau berlepas ke ibu negara melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 2.40 petang Ahad.

Hadir mengiringi beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama