![]() |
| Gambar ihsan Bomba |
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa yang berusia lingkungan 70-an itu dilaporkan ditemui rentung di dalam bilik tidur selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.00 pagi.
Sepasukan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba 14 minit selepas menerima panggilan kecemasan.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 50x50 kaki yang terbakar 100 peratus.
"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan kaedah offensive dengan satu aliran sepanjang 100 kaki dan dua pancutan air daripada tangki jentera," katanya
Seorang mangsa perempuan warga emas berusia sekitar 70-an ditemui rentung di dalam bilik tidur. Identiti mangsa masih dalam proses pengesahan.
"Api berjaya dikawal pada jam 2.50 pagi dan operasi sepenuhnya ditamatkan pada jam 5.30 pagi selepas memastikan tiada lagi unsur bahaya di kawasan kejadian," ujarnya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
