![]() |
JUARA...Kontinjen Penampang muncul juara keseluruhan acara Karate SAGA XI Tawau 2025. |
TAWAU : Kontinjen Penampang meraih lima pingat emas melalui acara karate sempena temasya Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.
Lima emas diperolehi melalui kategori Kumite Bawah 75kg Lelaki, Kumite Bawah 84kg Lelaki, Kata Individu Wanita, Kumite Bawah 68kg Wanita dan Kumite Berpasukan Wanita.
Kontinjen berkenaan turut membawa pulang tiga pingat perak melalui acara Kata Berpasukan Lelaki, Kumite Berpasukan Lelaki dan Kumite Wanita Atas 68kg serta tujuh pingat gangsa.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh kontinjen Kota Kinabalu dengan pungutan pingat empat emas dan satu perak manakala Beaufort di tempat ketiga dengan dua emas, dua perak dan satu gangsa.
Majlis penyampaian hadiah diadakan di Dewan Ixora Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, pada Ahad.
Selain itu, turut disampaikan empat anugerah khas iaitu Kata Terbaik Lelaki dan Wanita yang dimenangi oleh atlet Kota Kinabalu, Nur Rasyiqah Fari'ah Razmi dan Alvince Zurizal dan anugerah Kumite Terbaik Lelaki dan Wanita masing-masing dimenangi atlet Beaufort, Khairil Iman Ahmat Hamzah dan atlet Tambunan, Adeola Fay Robert.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)