Hari kedua SAGA 2025, petanque tawar empat emas

 

Nur Anis Natasha (tengah) menunjukan pingat emas yang dimenangi.

TAWAU:  Acara petanque menawarkan empat pingat emas hari kedua Sukan Sabah (SAGA) 2025. 

Emas pertama dimenangi oleh peserta dari Sandakan, Nur Anis Natasha Aziyan dalam kategori Shooting Wanita. 

Pingat perak pula disandang oleh peserta dari Putatan, Alesya Shahirah Abu Bakar manakala peserta dari Pitas, Siti Nur Vivianah Chia mendapat pingat gangsa. 

Dalam kategori Shooting Lelaki, Azwan Bassal @ Randy menceriakn kem daerah Kudat apabila berjaya membawa pulang pingat emas manakala perak dan gangsa masing-masing disandang oleh Muhammad Nazri Daniel Abdullah Salleh dari Membakut dan Muhammad Fariz Ahmad Nor Abdullah yang mewakili Kota Kinabalu. 

Pingat emas ketiga dari Petanque di berikan kepada peserta dari daerah yang baru sahaja menyertai SAGA iaitu Sook yang diwakili oleh Thadis Henehera Vennice dalam kategori Single Wanita manakala perak dan gangsa di menangi oleh peserta dari Papar, Nurul Azirah Mazlee dan Azzyati Hajimah Jamrih dari Keningau. 

Pingat terakhir hadir dalam kategori Single Lelaki apabila Ainol Shahramadhan Abu Bakar dari daerah Putatan menang pingat emas. 

Sementara itu, Mohamad Asrul Haiqal Abd Tahir dari Kudat mendapat pingat perak dan pingat gangsa jatuh kepada peserta Pitas, Herry Aboy Josly. 

Acara penyampaiAn hadiah  disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor disaksikam oleh Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama