SAGA XI : KK tambah lima emas hari terakhir acara memanah

 

Pemenang kategori Recurve Women Team.

TAWAU : Kontinjen Kota Kinabalu membolot lima daripada lapan pingat emas pada hari terakhir acara memanah Sukan Sabah (SAGA) XI 2025.

Pingat emas yang berjaya diperoleh antaranya melalui Aloysius Gabriel Liew bagi kategori Compound Men dan Deborah Uman Weslley bagi Compound Women.

Turut menyumbang emas bagi kontinjen Kota Kinabalu adalah kategori berpasukan Recurve Men Team yang dianggotai Aedan Chaw Zheng Zhe, Thomi Raphael Calvin dan Wong Yung Han Xavier dan pasukan Recurve Women iaitu Carolyn Chye Hui Yin, Dylia Batrisyia Darwin dan Eowyn Rich Chong Li Qi.

Aedan dan Carolyn turut membawa balik pingat emas bagi kategori Recurve Mixed Team selain dinobat sebagai Top Male dan Top Female Scorer Award. 

Sementara itu, Atlet Kunak, Muhammad Faieq Aqief menjuarai kategori Recurve Men, atlet Kota Marudu, Aeldrachetta Eonatta Andywelsh memenangi pingat emas kategori Recurve Women dan pasukan Sandakan yang dianggotai oleh Catherine Looi Mei Qi Abdullah dan Chong Yao Jet membawa pulang pingat emas bagi kategori Compound Mix Team.

Majlis penyampaian pingat diadakan di Padang Maktab Rendah Sains Mara di sini, pada Khamis.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama