KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menzahirkan rasa kebimbangan terhadap penahanan dua anak Sabah, penyanyi Zizi Kirana dan aktivis kemanusiaan Sul Aidil yang menyertai misi bantuan ke Gaza.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, keberanian mereka dalam menyertai misi tersebut amat membanggakan seluruh rakyat Sabah.
“Kerajaan Negeri amat prihatin dengan nasib mereka dan yakin Perdana Menteri bersama Menteri Luar Negeri akan mengambil langkah diplomatik terbaik bagi membantu pembebasan segera semua sukarelawan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hajiji turut menyeru seluruh rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik agar bersatu menyatakan solidariti terhadap isu kemanusiaan itu.
“Doa kita mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan,” katanya.