Pendidikan terus diperkasa pastikan tiada keciciran - Hanafiah

 

Hanafiah(tiga dari kanan) ketika menyampaikan replika cek penghargaan Kerjasama Bersama PTPTN: Bantuan Tunai Pendaftaran IPTA/ IPTS bernilai RM20,000.

KOTA KINABALU: Bidang pendidikan terus diperkasa melalui pelaksanaan 16 program bantuan untuk memastikan para pelajar di negeri ini tidak tercicir daripada arus perdana.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Md. Hanafiah Md. Kassim berkata inisiatif itu merangkumi pelbagai bentuk bantuan termasuk kewangan, kemudahan pengangkutan, peralatan pembelajaran seperti komputer riba, selain penyelenggaraan sekolah.

"It's the last we've been doing this. Ada berbagai fasa dari awal tahun pun sudah disalurkan. Bajet ni macam disebut tadi, 16 program bantuan. 

"Jadi, ini antara inisiatif yang sudah dibuat almost empat hingga lima tahun. Jadi, dia sentiasa sedang dalam kita masih memantau how much better that we can serve our children,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Negeri Sabah, di sini pada Selasa. 

Beliau menegaskan, pendidikan merupakan satu bentuk pelaburan jangka panjang yang penting bagi membina generasi pelapis Sabah.

"Mungkin kita semua sudah maklum status pendidikan negeri Sabah ni agak terbelakang sedikit. Jadi, kita kena teruskan inisiatif bantuan-bantuan ini for the sake of our student and future generation for Sabah. 

"Ini satu jenis pelaburan yang sangat penting kepada anak muda kita because mereka ni lah yang akan memimpin kita nanti bila kita semua ni bersara satu hari nanti. Sekiranya bajet diluluskan, lebih banyak inisiatif baharu akan dilaksanakan tahun depan," jelasnya.

Antara program penting yang dilaksanakan termasuk bantuan penyelenggaraan sekolah daif melalui peruntukan kecil di bawah RM50,000 selain sokongan tambahan kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan pembayaran yuran pelajar Tingkatan Enam.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah (JPNS, Datuk Raisin Saidin memaklumkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, keputusan peperiksaan SPM Sabah menunjukkan peningkatan ketara.

“Daripada 14 daerah, 10 daripadanya berjaya mencapai Gred Purata Daerah di bawah 5.00. Ini adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri, Kementerian Pendidikan, guru serta ibu bapa.

"Sokongan berterusan kerajaan negeri akan menjadi pemangkin kepada landskap baharu pendidikan Sabah yang memberi penekanan terhadap pembangunan holistik dan kecemerlangan pelajar," katanya.

Dalam program itu, Md. Hanafiah turut menyampaikan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU), Sekretariat Mahasiswa Sabah (SEMESTA), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Simbolik Penyerahan Inisiatif Bantuan Pendidikan Kepada JPNS,Penghargaan Kerjasama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tugas-tugas Khas (PTSKN,TTK) serta Penyerahan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK).

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama