Hampir 300 peserta sertai seminar perkasa kepimpinanan wanita luar bandar tahun ini

 

KOTA KINABALU: Seramai hampir 300 peserta dari pelbagai daerah menyertai Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Negeri Sabah bagi tahun ini. 

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajun Desa dan Wilayah (KKW) ini bertujuan membina satu langkah penting dalam memperkasakan peranan sebagai seorang wanita khususnya dalam pembangunan luar bandar. 

“Wanita adalah antara sepuluh teras utama yang ingin kita ingin bangunkan kerana kita tahu, peranan dan tangggungjawab wanita ini khasnya dalam penglibatan mereka dengan masyarakat di luar bandar dalam menggiatkan komuniti,” katanya ketika berucapa pada majlis berkenaan yang betempat di Hilton Hotel, di sini, hari ini. 

Katanya, kursus dan seminar anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) menerima maklum balas positif daripada peserta. 

“INFRA sebagai institusi latihan pembangunan luar bandar mempunyai kaedah baharu yang memberi impak lebih berkesan, khususnya dari sudut pembangunan modal insan,” jelasnya. 

Dalam pada itu, program itu turut menyentuh isu kesihatan, kesejahteraan rumah tangga serta pendedahan terhadap integriti dan tadbir urus termasuk kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Pendedahan ini penting kerana kepimpinan bukan semata-mata berkait wang, tetapi kuasa dan kapasiti untuk mentadbir dengan baik, sama ada di peringkat kampung mahupun persatuan,” tambahnya. 

Menurutnya, seminar berkenaan akan tetap diteruskan pada tahun hadapan walaupun berdepan kekangan peruntukan kerana ianya merupakan hasrat KKW untuk terus meningkatkan pembangunan luar bandar 

“Paling utama adalah dari sudut kemahiran TVET, keusahawanan dan juga pembentukan modal insan disamping penambahbaikan infrastruktur.

“KKW mahu memastikan kepimpinan wanita dan belia turut diberikan perhatian agar pembangunan luar bandar dapat dilaksana secara menyeluruh dan seimbang,” ujar beliau.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama