Gajah betina ditemui mati di Lahad Datu

Pasukan penyiasat menjalankan bedah siasat terhadap bangkai gajah betina yang ditemui mati di kawasan Ladang Felcra Berhad, Danum, Lahad Datu - ihsan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

KOTA KINABALU: Seekor gajah betina berusia sekitar sembilan hingga 10 tahun yang ditemui mati di kawasan Ladang Felcra Berhad, Danum, Lahad Datu, di sini pada Jumaat lepas.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata susulan penemuan bangkai itu, pasukan penyiasat melaksanakan proses bedah siasat (post mortem) pada keesokan harinya (27 September).

"Daripada pemeriksaan fizikal terhadap bangkai gajah, hanya luka lama yang kecil djumpai dan tiada luka baru dikesan.

"Sampel organ dalaman telah diambil dan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut.

"Kematian gajah berpunca daripada kegagalan fungsi organ dalaman.

"Siasatan menunjukkan tiada unsur jenayah hidupan liar ke atas bangkai gajah tersebut," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama