AMANAH umum bakal tandingi kerusi DUN Sulabayan dalam PRN17

 

Mohamad Sabu menampilkan calon AMANAH yang bakal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, Mohd Julpikar Ab Mijan (tengah) dalam Konvesyen AMANAH Negeri Sabah 2025 bertempat di Golden Hotel - ihsan AMANAH

KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika program Konvesyen AMANAH Negeri Sabah 2025 bertempat di Golden Hotel, Sembulan, di sini, semalam.

Dalam majlis terbabit, Mohamad turut mengumumkan seorang pendidik, aktivis sosial dan tokoh masyarakat dari Semporna, Mohd Julpikar Ab Mijan sebagai calon untuk kerusi berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau berkata PRN kali ini menuntut kesungguhan tinggi dan perancangan strategik daripada setiap peringkat parti bagi memastikan AMANAH berjaya memperoleh kerusi di negeri ini.

 “PRN Sabah nanti memerlukan kesungguhan dan gerak kerja yang tersusun dari setiap peringkat. 

"AMANAH mesti berusaha keras untuk mendapatkan kerusi sulung kita di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut semua ahli parti agar mengekalkan perjuangan berasaskan nilai, integriti dan keberanian moral dan bukan mengejar kemenangan politik. 

Katanya, kemenangan sebenar bukan hanya diukur melalui undi tetapi melalui keyakinan rakyat terhadap kejujuran dan istiqamah perjuangan parti.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama