![]() |
Tun Musa (kiri) tiba di Lapangan Terbang Sandakan disambut menteri dan pembantu menteri. |
SANDAKAN: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman tiba Lapangan Terbang Sandakan jam 12.10 tengah hari bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1447H/ 2025M.
Ketibaan beliau dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin yang menaiki pesawat khas disambut oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Roslan Muharam.
Turut sama menyambut ketibaan Tun Musa, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Samad Jambri@Jamri, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Walter Kenson.
Tun Musa dijadual mengadakan lawatan ke Pusat Islam Sandakan serta menyempurnakan sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Padang Bandaran, esok.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)