![]() |
| Armizan ketika ditemui media. |
PAPAR: Semua syarikat pengangkutan darat awam dan barangan di seluruh negara digesa mengemukakan permohonan segera untuk menikmati Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) mulai 15 September ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata permohonan melibatkan lebih kurang 100,000 kenderaan seluruh negara itu boleh dibuat melalui SKPS di pautan http://mysubsidi.kpdn.gov.my.
"KPDN telah diberikan tanggungjawab untuk mengawal selia penyaluran subsidi petrol RON95 untuk dua kategori. Pertama adalah untuk pengangkutan darat awam dan pengangkutan darat barangan.
"Atas sebab itu, persiapan awal telah kita laksanakan. KPDN telahpun membangunkan apa yang kita namakan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) untuk melaksanakan dan juga mengawal selia penyaluran subsidi petrol RON95 ini kepada dua kategori.
"Dari segi senarai, jenis-jenis pengangkutan darat awam dan juga pengangkutan darat barangan itu ada sebanyak sembilan jenis kenderaan pengangkutan awam darat yang disenaraikan layak untuk menerima SKPS dan untuk sektor pengangkutan darat parangan pula ada 12 jenis.
"Mereka boleh membuat permohonan bermula pada hari Ismin ini iaitu 15 September pukul 10 pagi melalui pautan yang disediakan oleh KPDN untuk mendapat akses kepada permohonan melalui sistem SKPS tersebut," ujarnya.
Armizan memaklumkan, syarat-syarat kelayakan pendaftaran SKPS ialah syarikat berdaftar di Malaysia, kenderaan adalah milik syarikat pemohon, kenderaan dengan cukai jalan yang sah dan kenderaan tersenarai dalam kategori layak di bawah SKPS.
"Apabila mereka memohon di bawah SKPS, ia akan diproses segera. Once application dibuat dan memenuhi dokumen-dokumen kita juga mengintegrasi sistem SKPS ini, KPDN telah integrasikan juga dengan rekod pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan jadi dia mudah.
"Jadi, dalam masa yang singkat apabila mereka telah membuat permohonan, hari yang sama akan lulus. Sebaik saja mendapat notifikasi kelulusan SKPS, bermakna kita layak maka mereka boleh membuat permohonan kepada syarikat-syarikat minyak untuk mendapatkan Fleet Card masing-masing.
"Sebab Fleet Card ini akan digunakan di stesen-stesen minyak. Jadi syarikat-syarikat perkenaan boleh memilih tiga syarikat minyak contohnya Shell, Petronas ataupun Petron dan kita bagi setiap kenderaan mereka boleh memilih tiga Fleet Card masing-masing.
"Selain daripada Fleet Card tersebut, kita juga menggalakkan syarikat-syarikat minyak ini mereka ada juga bentuk-bentuk pembayaran, cash card dan sebagainya," jelas beliau.
Menurutnya, syarikat pengangkutan yang telah berjaya mendaftar dalam SKPS perlu segera memohon Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan dengan mengemukakan bersama dokumen Surat Kelulusan dan Senarai Kenderaan yang boleh dicetak daripada SKPS.
Bagi tujuan tersebut, kata Armizan, syarikat dibenarkan untuk memilih sehingga maksimum tiga syarikat minyak untuk mengemukakan permohonan Fleet Card daripada Petronas di talian 1-300-88-8282 atau pautan https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay; Shell (talian: 1-300-22-8181) pautan https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html; Petron (talian: 1-300-2282-11) https://www.petronfleetcard.com.my; Caltex (talian: 1-800-88-3168) https://www.caltex.com/my/business-solutions/fleet-cards/subsidy-cashcard-application1.html; BHP (talian: 03-7719 9499) https://www.bhpetrol.com.my/x-fleet-card/ dan FIVE (talian: 03-2391 1555) di pautan https://mysubsidi.5petrol.com/.
Tambah Armizan, sebarang pertanyaan berkaitan SKPS boleh diajukan ke Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KPDN di talian 03-8882 5893/ 5894/ 5923/ 6667 mulai jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja.
Beliau yang diiringi Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir diitemui media selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan di Parkir SMK Takis dekat sini, pada Sabtu.
Terdahulu, Armizan mengetuai kira-kira 100 orang dalam Program Briskwalk Merdeka PAPARian sejauh 3.2km, sebelum menyempurnakan Sesi Happy Hour Jualan Rahmah Madani dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada para pengunjung.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)
