SPRM kekal relevan pastikan rasuah dibendung - Mohd Fuad

 

Fuad semasa ditemui media.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu kekal relevan demi memastikan kegiatan rasuah dapat dibendung, kata Pengarah SPRM Sabah Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.

"Hari ini kita membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman untuk melahirkan aspirasi SPRM dan juga hala tuju kita untuk tahun yang mendatang.

"Apa yang kita harapkan ialah semoga SPRM ini kekal relevan dan mendapat sokongan daripada semua pihak," ujar beliau ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu.

Kunjungan tersebut merupakan kunjungan pertama beliau kepada Tun Musa selepas dilantik menjadi Pengarah SPRM Sabah menggantikan Datuk S Karunanithy berkuatkuasa 15 Ogos yang lepas./Penerangan-

"Tun Musa turut menzahirkan rasa ngin melihat Sabah ini sentiasa terpelihara dan pencegahan rasuah diteruskan dari masa ke masa untuk memastikan rasuah dapat dikawal khususnya di Sabah inilah

(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama