![]() |
Gambar ihsan Bomba |
Namun, mangsa jatuh mengenai sebuah kereta yang diletakkan di kawasan parkir dalam kejadian kira-kira jam 11.46 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim B. Muda berkata, mangsa bagaimanapun terselamat walaupun mengalami kecederaan serius.
"Mangsa tidak sedarkan diri sebaik kejadian sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.
"Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan serius termasuk patah kedua-dua tangan, kecederaan pada seluruh badan serta keretakan di bahagian kepala. Keadaannya kini stabil,” katanya.
Menurut beliau, siasatan lanjut oleh Unit Forensik JSJ IPK Sabah di lokasi mendapati kawasan parkir di tingkat atas bangunan itu boleh diakses orang awam melalui lif dan tangga.
Bagaimanapun tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan berkenaan.
"Punca tindakan mangsa dipercayai disebabkan tekanan masalah peribadi.
"Mangsa akan dirujuk ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, Kasim menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Pihak Polis menggesa masyarakat lebih peka terhadap isu kesihatan mental serta segera mendapatkan bantuan sekiranya berdepan tekanan emosi.